Sunday, June 6, 2010

ragam2 student 5BB2 ;D

anis & hidayah..
p/s : lawatan ke Pusat Sains Negara.



p/s : muhammad telah menyertai acara 4x400m pada kejohanan olahraga SMVAS 2010.

syafiqah ayu b'baju kebaya minangkabau sewaktu sambutan hari quality (;



inilah gelagat budak2 aspuri 5BB2..hee.. ;D



Siti & Nurul ..



Majlis Perpisahan Cikgu Praktikal.. (CIKGU FIZA)




waktu amali.inilah baju bengkel kami ;D









We all love our teacher !

TEACHER

Teachers are our guide,

Teachers are our pride,

Even so patient,

But often not very lenient.

Teaching is not always rewarding,

Often it is frustrating,

It canat times be interesting.

But we still owe them a lot,

For the knowledge they impart,

We ask pordon for our pranks,

In return we extend our thanks. (;


DI SINI..SAYANG GURU,SAYANG MURID

(Nukilan : Nur Hidayah bt Haji Ahmad Puzi)

Guru,

Engkau umpama lilin yang membakar diri,menerima kami dengan rela,

Di kala hati ini gelita,dengan iltizam tanpa jemu.

Engkaulah curah segala ilmu,segala kasih sayang,

Kerana engkau ingin kami,terus teguh berdiri di sini...

Ya,moga dirimu teguh berdiri,ditunjangi akal budi yang bestari.

Wahai guru,

Andai kami memaksa dirimu begitu,maaf dan ampunilah kami,

Adakalanya kami alpa,

Adakalanya kami leka,

Jangan pernah membiarkan kami,

Jangan pernah membenci kami,

Jangan pernah jemu mendidik kami.

Kami pengemis ilmu yang berhikmah,kami gentar menghadapi dunia,

Tanpa ilmu mungkin kami kecundang,bantulah kami menggapai puncak jaya,

Terima kasih ini wahai guru,

Engakaulah insan-insan yang kami cintai,

Moga tuhan sentiasa merahmati,

Jasamu pasti tiadakan hilang di sanubari,

Kau permata nilai sejati..

PENGHARGAAN & HARAPAN (=

Assalamualaikum..kami pelajar dari tingkatan 5BB2 ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menganjurkan pertandingan membuat blog kelas ini..
Dasawarsanya,dengan adanya pertandingan membuat blog ini,ia dapat merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan pelajar..tidak kira lah sama ada guru yang bukan mengajar di kelas kami ataupn rakan2 kami dari kelas yang lain..mereka juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kelas kami.. (:
Dengan ini,kami ingin mengucapkan terima kasih lagi sekali kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai pertandingan ini.Kami harap,jika ada kesempatan untuk menang,alhamdulilah laa..hehehe..yang penting kami BERANI mencuba dan menyertai pertandingan ini dan kami harap semuanya dapat enjoy dengan blog kelas kami ini yee.. ;D


Lagu SMVAS ;D best tau !

LAGU SMVAS

Tersergam indah di bumi bertuah melahirkan insan jaya
Kami berikrar taat setia pada agama, bangsa dan negara

Sekolah Menengah Vokay Ampangan
Penggerak ke arah wawasan

Berusaha berbakti dan berilmu

Membina generasi yang bermutu

Kecemerlangan jadikan cabaran teknologi kita garapkan
Hargai jasa kedua ibu bapa dan guru yang mencurahkan ilmu



p/s : lagu SMVAS ini selalu dinyanyikan pada waktu pagi setiap hari isnin iaitu pada perhimpunan rasmi sekolah.Lagu ini dinyanyi oleh semua warga SMVAS dengan semangatnya.. (=
kami amat berbangga kerana dapat menjadi warga SMVAS.

FIRSTLY (;


SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL AMPANGAN
SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN.


Sebelum kita bermula untuk b'blogging,lebih baik kita memperkenalkan sejarah SMVAS ini..
SMVAS ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Ampangan (SMT) selepas dinaiktaraf pada tahun 1997..namun,nama itu dikekalkan sehingga tahun 2009 dan nama itu ditukar semula kepada SMV pada tahun 2010..
Oleh itu,di sini bawah ini akan dinyatakan misi,visi dan motto sekolah SMV ini..rujuk di bawah yee (;

VISI

Sekolah Menengah Vokasional Ampangan Menjadi Pusat Pendidikan Vokasional dan Kemahiran Yang Gemilang Menjelang Tahun 2013..

MISI
Meningkatkan pencapaian akademik melaluipendidikan berkualiti dan berkesan.
Meningkatkan pencapaian kokurikulum melalui aktiviti terancang.
Melahirkan insan yang berakhlak mulia melalui penerapan nilai-nilai murrni.
Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat melalui Program Sekolah Selamat.
Membina dan menjalinkan semangat setiakawan dan kekitaan antara warga sekolah dan
masyarakat melalui budaya pemuafakatan.

MOTO SEKOLAH PRIME

PERFOMANCE : Mempertingatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ke tahap yang lebih seimbang dan cemerlang.

RESPECTABILITY: Melahirkan pelajar PTV yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan PTV supaya seluruh masyarakat dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya.

IMAGE : Meninggikan imej dan usaha institusi PTV di mata masyarakat dengan mendidik pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan berkhemah tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan kepada Maha Pencipta.

MANPOWER : Membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai ethika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai wawasan 2020.

EXPACTATION : Memenuhi aspirasi dan hasrat masyarakat, bangsa dan negara ke arah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatupadu.




memory (=

memory (=