Friday, June 25, 2010

Poem : Friends (:


Friends



As we walk our path of life,
We meet people everyday.

Most are simply met by chance.
But, some are sent our way.
These become special friends
Whose bond we can't explain;
The ones who understand us
And share our joy and pain.
Their love contains no boundaries.
So, even when we are apart.
Their presence enhances us
With a warmth felt in the heart.
This love becomes a passageway,
When even the miles disappear.
These friends, God sends our way,
Remain forever near.



Friendship 

Friendship is the bread of life. It is essential to our well being. We could not survive without it. Ever since the beginning of time we have been extending the hand of friendship to each other. In very primitive communities, having the help of others in a crisis is a matter of survival. However, even in today's world where it seems as if we could survive without ever talking to another human being, friendship is important. Friendship is a prerequisite to sanity. We are social human beings and we need friends to survive.

Wednesday, June 23, 2010

Student 5BB2 juga aktif dalam bidang sukan (:


rakan sekelas kami iaitu Muhd Asyraf Roslee telah melibatkan diri dalam sukan olahraga pada beberapa bulan yang lepas di peringkat negeri (: tahniah buat beliau .



pasukan ragbi sekolah (;
2 orang pelajar 5BB2 (asyraf & muhamad)  telah menyertai kejohanan ragbi antara sekolah2 vokasional pada baru2 ini di Sekolah Menengah Vokasional Muar,Johor. Telah mendapat naib johan di peringkat kebangsaan.

Tuesday, June 22, 2010

student 5bb2 menulis kad ucapan sempena 'HARI IBU'.




khusyuk menulis kad ucapan sempena 'HARI IBU'..

Sekuntum Bunga Untuk Guru-guruku yang tercinta ! (=

Allah ciptakan matahari, yang tak pernah bosan bersinar, seperti halnya semangat dan kasih sayangmu dalam mendidik kami, wahai guruku......
Allah ciptakan bulan untuk menerangi malam, seperti halnya engkau bu guru, yang selalu membimbing dan menerangi kami dengan berbagai ilmu
Allah ciptakan bintang dimalam hari sebagai penghias, seperti halnya engkau bu guru, yang selalu menghiasi hari-hari kami dengan begitu indahnya.
Allah ciptakan bunga yang begitu harum, seperti halnya engkau bu guru yang telah memberikan keharuman pada hari-hari kami, selama kami bermain dan belajar disekolah.

Puisi untuk guru tersayang (:


Orang kata guru itu penat

Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Setiap orang boleh saja menilai guru, termasuk melalui puisi guru yang diciptakannya. Namun yang jelas, peran guru tidak bisa kita abaikan begitu saja dalam kehidupan kita. Karenanya kita bisa mendapatkan ilmu, dan tumbuh lebih dewasa. Toh, kita semua adalah guru. Setidaknya guru untuk anak-anak kita, atau menjadi guru untuk diri sendiri.

Sunday, June 13, 2010

Guru2 student 5BB2 (:

Teknologi Binaan - En.Zulkifli Ahmad

Bahan Binaan - Pn.Norlida Jais

Lukisan Geometri - Pn.Irfahaizah

Bahasa Melayu - Pn.Nora Sanusi

Bahasa Inggeris - Pn.Faridah Mohd Sharif

Sejarah - En.Mohd Hidzir Sentul

Mathematics - Pn.Haslinda Hidzir

Agama Islam - Pn.Azizahwati

Applied Science - Cik Aryati Saeman

Saturday, June 12, 2010

TAKE A MOMENT TO LISTEN TODAY

Take a moment to listen today
To what your children are trying to say
Listen today,whatever you do
Or they won’t be there to listen to you
Listen to their problem,listen to their needs
Praise their smallest triumphs
Praise their smallest deeds
Tolerate their chatter amplify their laughter
Find out what’s the matter
Find out what they are after
But tell them that you love them
Every single night
And though you scold them be sure you hold them tight
Tell them ‘EVERYTHING ALL RIGHT,TOMORROW IS LOOKING BRIGHT’.
Take a moment to listen today
To what your children are trying to say
Listen today,whatever you do
And they will came back to listen to you.
CREATED BY; NUR HIDAYAH AHMAD PUZI
5 BUILDING TECHNOLOGY 2.

Monday, June 7, 2010

AJK ASPURI (:

Latifah..satu2nye pelajar 5BB2 yang memegang jawatan sebagai AJK ASPURI.Dia seorang yang nampak pendiam tetapi peramah orangnye.hehehe. (:

PREFECT 5BB2 (:


Nur Hidayah..dia seorang pengawas yang memegang jawatan sebagai penolong setiausaha..dia juga aktif dalam bidang ko-kurikulum dan pernah mewakili MSSM dalam acara tenpin bowling pada beberapa bulan yang lalu.





Nurul Anis..inilah satu2nye pengawas di 5BB2 yang pernah mendapat anugerah sebagai pelajar budiman pada bulan April yang lalu..dia juga seorang yang lemah lembut.(:


ini pula nurul nadzurah..dia seorang yang rajin membantu kawan kawan yang di dalam kesusahan..dia juga pernah menyertai pertandingan bowling peringkat MSSM. (:



inilah dia muhammad alif..satu2nye pengawas lelaki di kelas 5BB2..
dia seorang yang sporting & peramah..
dia rajin menyertai pelbagai pertandingan yang berkaitan dengan 'english week'seperti drama,debate & lain lain lagi. (:


p/s : walau bagaimanapun,ade seorang lagi pengawas yang tidak di senaraikan..kerana tidak berjaya mendapatkan gambarnya.Namun,pengawas tersebut ialah Saizatul Shazleen..dia seorang yang minat melukis apabila di waktu lapang.Namun,dia juga seorang bekas ahli gimnastik pada ketika dahulu. (;

Kata-kata Hikmat (:

p/s : heey..kata-kata hikmah nie,korang smua bole laa amalkan dan jadikan pengajaran kat korang semua yee.. (;

=Baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

=Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggianilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

=Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju

=Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu,tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

=”Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik,dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan.

Hasil Nukilan Pelajar 5BB2

JALAN YANG KULALUI INI

(hasil nukilan : NUR HIDAYAH AHMAD PUZI)

Waktu fajar menyinsing

Dan embun jantan masih basah

Di jari jemari rumput

Aku melangkah keluar dari rumah

Menempuh padang berkemuncup

Yang becak di kala hujan

Diceriakan oleh gelagat kanak-kanak

Menuju ke sekolah

Pada waktu yang sama

Ayahku sedang menuju ke gudang rezeki

Untuk menampung hidupku sekeluarga

Buat meneruskan kehidupan ini.

Bertahun-tahun lamanya kulalui jalan ini

Menghalas beg di bahu

Buku-buku ada juga yang kupegang

Namun ini semua cabaran

Ranjau ini kutempuhi sebagai seorang pelajar

Tiada pilihan lain

Aku terpaksa tempuhi kepayahan ini

Dalam menimba telaga ilmu

Untuk mencari mutiara harapan

Kata guru ku menjadi pembakar semangat bagiku

Ku jadikan tangkal azimat

Untuk memetik bintang kejayaan

Hari muka menjanjikan kesenangan

Jika ilmu berbekal di dada

about student 5BB2 again (;


p/s : alif & aien telah memasuki 'english drama competition'.Namun,mereka telah mendapat tempat ke-4..




Salah seorang rakan dari kelas kami iaitu kelas 5BB2 telah dianugerahkan sebagai PELAJAR BUDIMAN pada bulan April yang lepas..rakan kami itu adalah NURUL ANIS BINTI MOHD NADZRI..tahniah kami ucapkan..kalau bole,satu kelas 5BB2 nie semua nak dapat anugerah pelajar budiman nie..chewaaahh ! student 5BB2 ada angan2 tinggi..hehehe. (:


Sunday, June 6, 2010

ragam2 student 5BB2 ;D

anis & hidayah..
p/s : lawatan ke Pusat Sains Negara.



p/s : muhammad telah menyertai acara 4x400m pada kejohanan olahraga SMVAS 2010.

syafiqah ayu b'baju kebaya minangkabau sewaktu sambutan hari quality (;



inilah gelagat budak2 aspuri 5BB2..hee.. ;D



Siti & Nurul ..



Majlis Perpisahan Cikgu Praktikal.. (CIKGU FIZA)




waktu amali.inilah baju bengkel kami ;D









We all love our teacher !

TEACHER

Teachers are our guide,

Teachers are our pride,

Even so patient,

But often not very lenient.

Teaching is not always rewarding,

Often it is frustrating,

It canat times be interesting.

But we still owe them a lot,

For the knowledge they impart,

We ask pordon for our pranks,

In return we extend our thanks. (;


DI SINI..SAYANG GURU,SAYANG MURID

(Nukilan : Nur Hidayah bt Haji Ahmad Puzi)

Guru,

Engkau umpama lilin yang membakar diri,menerima kami dengan rela,

Di kala hati ini gelita,dengan iltizam tanpa jemu.

Engkaulah curah segala ilmu,segala kasih sayang,

Kerana engkau ingin kami,terus teguh berdiri di sini...

Ya,moga dirimu teguh berdiri,ditunjangi akal budi yang bestari.

Wahai guru,

Andai kami memaksa dirimu begitu,maaf dan ampunilah kami,

Adakalanya kami alpa,

Adakalanya kami leka,

Jangan pernah membiarkan kami,

Jangan pernah membenci kami,

Jangan pernah jemu mendidik kami.

Kami pengemis ilmu yang berhikmah,kami gentar menghadapi dunia,

Tanpa ilmu mungkin kami kecundang,bantulah kami menggapai puncak jaya,

Terima kasih ini wahai guru,

Engakaulah insan-insan yang kami cintai,

Moga tuhan sentiasa merahmati,

Jasamu pasti tiadakan hilang di sanubari,

Kau permata nilai sejati..

PENGHARGAAN & HARAPAN (=

Assalamualaikum..kami pelajar dari tingkatan 5BB2 ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menganjurkan pertandingan membuat blog kelas ini..
Dasawarsanya,dengan adanya pertandingan membuat blog ini,ia dapat merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan pelajar..tidak kira lah sama ada guru yang bukan mengajar di kelas kami ataupn rakan2 kami dari kelas yang lain..mereka juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kelas kami.. (:
Dengan ini,kami ingin mengucapkan terima kasih lagi sekali kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai pertandingan ini.Kami harap,jika ada kesempatan untuk menang,alhamdulilah laa..hehehe..yang penting kami BERANI mencuba dan menyertai pertandingan ini dan kami harap semuanya dapat enjoy dengan blog kelas kami ini yee.. ;D


Lagu SMVAS ;D best tau !

LAGU SMVAS

Tersergam indah di bumi bertuah melahirkan insan jaya
Kami berikrar taat setia pada agama, bangsa dan negara

Sekolah Menengah Vokay Ampangan
Penggerak ke arah wawasan

Berusaha berbakti dan berilmu

Membina generasi yang bermutu

Kecemerlangan jadikan cabaran teknologi kita garapkan
Hargai jasa kedua ibu bapa dan guru yang mencurahkan ilmu



p/s : lagu SMVAS ini selalu dinyanyikan pada waktu pagi setiap hari isnin iaitu pada perhimpunan rasmi sekolah.Lagu ini dinyanyi oleh semua warga SMVAS dengan semangatnya.. (=
kami amat berbangga kerana dapat menjadi warga SMVAS.

FIRSTLY (;


SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL AMPANGAN
SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN.


Sebelum kita bermula untuk b'blogging,lebih baik kita memperkenalkan sejarah SMVAS ini..
SMVAS ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Ampangan (SMT) selepas dinaiktaraf pada tahun 1997..namun,nama itu dikekalkan sehingga tahun 2009 dan nama itu ditukar semula kepada SMV pada tahun 2010..
Oleh itu,di sini bawah ini akan dinyatakan misi,visi dan motto sekolah SMV ini..rujuk di bawah yee (;

VISI

Sekolah Menengah Vokasional Ampangan Menjadi Pusat Pendidikan Vokasional dan Kemahiran Yang Gemilang Menjelang Tahun 2013..

MISI
Meningkatkan pencapaian akademik melaluipendidikan berkualiti dan berkesan.
Meningkatkan pencapaian kokurikulum melalui aktiviti terancang.
Melahirkan insan yang berakhlak mulia melalui penerapan nilai-nilai murrni.
Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat melalui Program Sekolah Selamat.
Membina dan menjalinkan semangat setiakawan dan kekitaan antara warga sekolah dan
masyarakat melalui budaya pemuafakatan.

MOTO SEKOLAH PRIME

PERFOMANCE : Mempertingatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ke tahap yang lebih seimbang dan cemerlang.

RESPECTABILITY: Melahirkan pelajar PTV yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan PTV supaya seluruh masyarakat dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya.

IMAGE : Meninggikan imej dan usaha institusi PTV di mata masyarakat dengan mendidik pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan berkhemah tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan kepada Maha Pencipta.

MANPOWER : Membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai ethika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai wawasan 2020.

EXPACTATION : Memenuhi aspirasi dan hasrat masyarakat, bangsa dan negara ke arah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatupadu.




memory (=

memory (=